lebih pantas di sini

Google
 

Wednesday, November 09, 2011

Terima Kasih, kamu.


Kamu, Terima Kasih

Kamu bersabar bila saya bercakap lama dan takde point. Terima Kasih

Kamu bersabar bila saya membebel. Terima Kasih

Kamu bersabar bila saya tak tepati janji. Terima Kasih

Kamu bersabar bila saya merengek nak tu nak ni. Terima Kasih

Kamu bersabar bila saya makan aiskrim comot. Terima Kasih

Kamu bersabar bila saya tertidur time text. Terima Kasih

Kamu bersabar bila saya lewat reply text. Terima Kasih

Kamu bersabar bila saya jerit marah marah. Terima Kasih

Kamu bersabar bila saya cakap kamu pergi mampus. Terima Kasih

Kamu bersabar bila saya cakap kamu bangang. Terima Kasih

Kamu bersabar bila saya cakap kamu bodoh tanpa niat. Terima Kasih
Kamu bersabar bila saya selalu mintak kamu habiskan makanan saya. Terima Kasih(walaupun kamu cakap yeay time tu -.-)
Kamu bersabar bila teman saya shopping dalam guardian lamaaaaa lamaaaaa. Terima Kasih
Kamu bersabar bila saya habiskan lauk ayam dalam tomyam. Terima Kasih
Kamu bersabar bila saya tak pandang kamu time kamu membebel. Terima Kasih
Kamu bersabar bila saya lewat 6jam hantar McD. Kamu lapar kan? Terima Kasih
Kamu bersabar bila saya demand nak seat sebelah tingkap. Terima Kasih
Kamu bersabar bila saya mengadu beribu kali bila saya sakit PMS. Terima Kasih
Kamu bersabar bila call saya berkali tapi saya malas angkat. Terima Kasih
Kamu bersabar bila saya tetap habiskan aiskrim cornetto walaupun kamu nak sikit. Terima Kasih
Kamu bersabar bila saya tumbuk kamu. Terima Kasih. :’(

Kamu tahu siapa diri kamu. ADR, terima kasih kerana sanggup tahan ke’gangsteran’ saya. 

Thursday, September 08, 2011

Dah 16 minggu Bercuti. Ada Lagi Baki 2 Hari!!

Baki 2 hari tinggal kita habiskan dengan cuti cuti Malaysia. Erk. Tadenya cuti cuti sangat pun. Aktiviti cuti cuti lepas tinggalkan angah di Uitm Shah Alam. Pikir punya pikir dalam bilik hotel nak pergi mana laa. Nak pergi Wet World Shah Alam, tutup la pulak hari rabu. Nak pergi Sunway Lagoon, tak tau la tutup hari ape tapi tiket dia mahal kalau 3 dewasa dan 2 budak cinonet. 

Haish!

Kat mana la nak pergi bawak Yaya dengan Syasya kat KL dan Selangor ni. Yelaa, budak budak mesti kena bawak tempat yang dia boleh main. Pikir punya pikir, haaaaa! Kat Times Square kan ada indoor theme park. Harga dia pun below rm40 untuk adult dan cinonet cinonet nakal. Abah dan umi cakap okay dan pukul 12 gerak terus dari Uitm Shah Alam. Bye bye angahhh!

Tapi alkisahnya umi dan abah suruh aku sorang yang jaga cinonet tu. Alamakkkk! Susahnya. Tahap kenakalan dua orang ni sangat la over. Aku pun, 

"Umi, kalau ajak Adib boleh? Mana la larat Along nak jaga sorang.."

"Boleh boleh. Ajak je lah"

Hehehehe. Menyelam sambil minum air itu perlu ye. Jangan buat memek muka menyampah. :P

Abah dari dalam Uitm lagi dok mengidam McD, sepanjang jalan ke Times Square tak nampak McD pulak. Jadi, makan McD kat Times Square je lah. Time tu Adib pun dah tunjuk batang hidung, jadi moh le kita melahap sama sama.

Time time tu, tiba tiba jeng jeng jeng jeng Adib hulur beg dia kasi tengok dalam tu. Ada surprise katanya. Bukak bukak ada katak! Hehehe. Gula gula katak comel.






Patutlaaa selama ni beria pung pang pung pang cakap kat aku pasal gula gula homemade ni. Bila aku mintak beli cakap Pavilion jauhla. Rupa rupanya dia dah beli awal awal. Hehehe. Pandai awak ye. Sweet jugak Adib ni. Dulu dulu aku selalu komplen cakap dia tak sweet. Jahat aku ni. Hahaha

Terima kasih daun keladi tolong jaga Yaya dan Syasya jugak. Sekarang awak dah tau betapa nakalnya diorang. Tersangat sangat nakal okeh.



Terima Kasih, jumpa di Perlis eh eh PerthLis. Hahaha. Byee!

Saturday, August 13, 2011

Thank You. :)

AMARAN: Entry ni agak lovey dovey. Kalau rasa menyampah, tak payah baca. Haha

Hari rabu malam khamis ada orang tu menggelabah dia takut barang yang dia pos sampai. Rupa rupanya dia menggelabah sebab dia pos barang kat aku. Dia takut barang tu tak sampai, ye la rumah aku dalam hutan kan.. Tak caya rumah aku dalam hutan?

gambar lama gilaa. sori la print screen semak.



Pagi-pagi khamis abang pos laju datang. Hehehe. Abang pos laju bawak ni,


Kalau belek belek dari luar, aku dah tau ape benda kat dalam ni. Hehehe. Benda yang si dia dah nak bagi lama dan memang aku nak sejak first tengok kat JJ Bandaraya Melaka. Bila di bukak, jeng jeng jeng..


Mini Shopaholic. Dan ofkos aku terjerit jerit suka dalam hati. Dalam hati je la, kalau syasya tengok mampos dia kata aku ni gila. Mulut dia boleh tahan padahal umur cinonet lagi. Belek belek depan belakang, aku pun buka la buku ni, dan ada surprise lagiiiiiiiii.





Auwwwww, dapat tisu raya rupanyaaaa. Haha.

Awak,
Saya janji tak lap bontot guna tisu ni. Jangan bimbang.

Masa yang singkat, tak dapat update panjang panjang sebab update kat umah nenek dan umi dah rushing nak balik.

Adib Danial.. Just want u know, i lebiu. Auwwww!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...